Penganjuran [SINT-Seminar Intelek] di UPM Mendapat Sambutan

Tahniah dan syabas kepada peserta [SINT] Ketokohan Salahuddin al-Ayyubi Dalam Memperkasa Generasi Muda yang diadakan di Dewan Kuliah, Fakulti Rekabentuk & Senibina, Universiti Putra Malaysia pada 2 April 2011.





Walaupun di saat musim peperiksaan akhir semester (IPT), kalian masih mampu menghadiri program yang semestinya tidak akan membantu anda menjawab soalan peperiksaan akhir. Tapi yakinlah sesungguhnya program / majlis ilmu seumpama inilah yang banyak membantu kita dalam pembinaan syakhsiah diri dan jati diri sebagai seorang individu Muslim yang berperanan dalam memperkasa generasi muda.





Terima kasih kepada pihak penganjur bersama Kelab Bimbingan Mahasiswa, Universiti Putra Malaysia (KBM UPM) di bawah pimpinan Saudara Rauf yang bertungkus lumus siang dan malam dalam memastikan program ini berlangsung dengan baik dengan izin Allah SWT.





Antara dapatan daripada penganjuran [SINT] Ketokohan Salahuddin al-Ayyubi Dalam Memperkasa Generasi Muda adalah ;




RESOLUSI [SINT] SALAHUDDIN AL-AYYUBI :

KETOKOHAN SALAHUDDIN AL-AYYUBI DALAM MEMPERKASA GENERASI MUDA


1) FAKTOR PENTING KELEMAHAN UMAT ISLAM ADALAH PENGAMALAN FAHAMAN SEMPIT (FANATIK PUAK) DALAM KALANGAN ULAMA’ DAN MASYARAKAT.


- Hal ini dapat dilihat sebelum zaman Hujjatul Islam Imam al-Ghazali, rata-rata ulama’ fanatik dengan mazhab masing-masing. Namun, apabila muncul Imam al-Ghazali keadaaan sedemikian berubah dengan usaha tajdid beliau. Usaha ini didokong oleh Sultan Nizam al-Mulk dan Sultan sendiri banyak berperanan dalam mengembalikan masyarakat pada ketika itu kepada ajaran Islam sebenar.




2) GENERASI MUDA PERLU BERPAKSIKAN KEPADA AQIDAH MATINAH (AQIDAH YANG MANTAP), BUKAN KEPADA NILAI NISBI YANG MENGATASI NILAI AGAMA (ISLAM).


- Sebelum berjaya membebaskan Baitul Maqdis daripada tentera Salib, Salahuddin al-Ayyubi terlebih dahulu ‘membersihkan’ fahaman masyarakat daripada pelbagai fahaman yang sesat. Fahaman sesat itu digantikan dengan Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah. Misalnya, Sultan Salahuddin al-Ayyubi berjaya menumbangkan kerajaan Mesir di bawah fahaman Syiah Batiniyyah Fatimiyyah.




3) PENDIDIKAN ISLAM BERSEPADU MERUPAKAN TERAS UTAMA DALAM MEMPERKASA GENERASI MUDA SETERUSNYA MENGEMBALIKAN KEGEMILANGAN GENERASI SALAHUDDIN AL-AYYUBI.


- Sistem pendidikan Islam bersepadu yang meliputi ilmu fardhu ain dan ilmu alat telah diperkenalkan oleh Imam al-Ghazali bagi mengatasai masalah ‘penyakit’ umat ketika itu. Sistem madrasah Imam al-Ghazali telah diteruskan oleh ulama’-ulama’ selepasnya sehinggalah berjaya mendidik seorang pejuang Islam yang kompeten Sultan Salahuddin al-Ayyubi.





4) GENERASI MUDA PERLU BERFIKIR SECARA HOLISTIK DAN KREATIF DALAM MENCARI PELUANG UNTUK MEMAJUKAN POTENSI DIRI BERLANDASKAN AJARAN ISLAM.


- Contoh yang ditunjukkan oleh Salahuddin Al-Ayyubi dalam merancang strategi perang sangat dikagumi oleh semua pihak termasuk pihak musuh. Salahuddin al-Ayyubi berjaya menyatukan Syria dan Mesir dalam usaha penggabungan tenaga untuk menawan Baitul Maqdis.


- Beliau sentiasa mencari peluang dalam untuk mengelirukan pihak musuh dan juga mengikut jejak langkah Rasulullah SAW ketika perang.




5) GENERASI MUDA MESTI SENTIASA BERANI BERTINDAK DALAM MENEGAKKAN KEBENARAN DAN KEADILAN.



Disediakan oleh :

Ibnu Ghazali

Ketua Grup Jil Salahuddin al-Ayyubi



2 comments:

  1. a.K.u says

    akak mohon copy ya.. (n_n)v


    insan monologue says

    kbm nak guna...


Catat Ulasan