Ketokohan Salahuddin Dalam Memperkasa Generasi Muda




Dalam era globalisasi yang semakin mencabar dewasa ini, mahasiswa dan generasi muda terdedah kepada pelbagai gejala yang tidak sihat yang boleh meruntuhkan jati diri. Jati diri yang lemah di kalangan mahasiswa dan generasi muda disebabkan oleh banyaknya individu yang tidak bermoral diangkat mereka sebagai idola. Contohnya para artis yang sentiasa dambakan publisiti murahan.



Lantaran itu kami daripada GPTD Grup Jil Salahuddin al-Ayyubi mengangkat Salahuddin al-Ayyubi sebagai antara individu contoh yang selayaknya sebagai teladan hidup mahasiswa dan generasi muda. Sehubungan dengan itu, kami telah merancang untuk mengadakan Seminar Intelek : Ketokohan Salahuddin dalam Memperkasa Generasi Muda (SINT Salahuddin). 



Seminar ini mendapat kerjasama daripada Kelab Bimbingan Mahasiswa (KBM), UPM yang berpengalaman dalam menjalankan aktiviti bercorak pembangunan jati diri mahasiswa dan generasi muda. Pengalaman KBM UPM menjadikan program ini lebih tersusun pelaksanaannya, insyaAllah. Ayuh kita sama-sama menyertai Seminar Intelek : Ketokohan Salahuddin dalam Memperkasa Generasi Muda (SINT Salahuddin).

[MAKLUMAN-PERUBAHAN TEMPAT] Tempat Baru : DEWAN KULIAH UTAMA, FAKULTI REKABENTUK & SENIBINA, UPM

0 comments:

Catat Ulasan