Mesir Dalang Kepada Zionis?
Memetik petikan berita daripada Palestin Kini-Suara Peduli Palestin, menampakkan Mesir sekarang memainkan peranan dalam pembangunan Negara haram Israel di Palestin.
Amaran dari pakar: Pembinaan tembok besi oleh Mesir beri kesan negatif kepada kehidupan di Gaza.
Isnin , 18/01/2010 – Pakar-pakar alam sekitar dan ekonomi Sabtu lalu mengeluarkan amaran akan kesan negatif kepada alam sekitar dan ekonomi berpunca dari pembinaan tembok besi Mesir di sepanjang sempadannya dengan Semenanjung Gaza, dan turut menegaskan tembok itu akan memusnahkan sumber air bawah tanah.
Di dalam simposium yang diadakan oleh pusat pembangunan Ma’an di Gaza, pakar-pakar berbincang tentang kesan tembok itu ke atas kehidupan penduduk dan sumber air Gaza.
Pakar air Nizar Al-Wahidi menjelaskan semasa mesyuarat bahawa tembok besi itu akan membawa kepada kemusnahan dan pencemaran takungan air bawah tanah Gaza dan akan memberi kesan berbahaya kepada ekonomi, sosial dan alam sekitar kedua-dua pihak Palestin dan Mesir.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
Barakat: Tembok Mesir lebih merbahaya.
Jumaat , 15/01/2010 -Ali Barakat, Ketua Biro Politik HAMAS di Lubnan menegaskan tembok keluli Mesir yang dibina sepanjang sempadannya dengan Semenanjung Gaza pada hari ini adalah jauh lebih merbahaya terhadap rakyat dan perjuangan Palestin berbanding tembok keselamatan regim Zionis yang dijadual akan dibina dengan sempadan Sunai, Mesir. Beliau juga menegaskan, situasi ini akan mengetatkan lagi kepungan terhadap rakyat Palestin yang sedang berhadapan dengan ancaman serangan baru Zionis terhadap Gaza.
Barakat berkata dalam kenyataannya kepada Saluran Berita al-Qanah, pada hari Khamis (14/1): “Sebenarnya pembinaan tembok oleh Mesir adalah untuk mengetatkan lagi kepungan terhadap Gaza. Ia juga bagi melaksanakan perjanjian Amerika-Zionis yang termetrai pada penghujung pentadbiran Bush.” Beliau menganggap Amerika dan beberapa negara Arab tertentu mahu melaksanakan agenda politik yang akan memberi kelebihan kepada regim Zionis serta menyekat pihak pejuang yang dianggap sebagai satu-satunya penghalang kepada agenda tersebut.
Beliau juga menambah “regim Zionis dan penjaganya gagal memaksa rakyat Palestin tunduk kepada kompromi politik. Ini menyebabkan berlakunya serangan terhadap Gaza setahun lalu. Namun mereka tetap gagal untuk merealisasikan agenda tersebut, lalu mereka cuba untuk mengenakan sekatan lebih ketat terhadap Gaza dengan penyertaan beberapa negara Arab pula.”
sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
Juga baca artikel terdahulu Mesir Ganggu Misi Viva Palestina

0 comments: