Laporan ; Siri 1 : Usrah Grup Jil Salahuddin

Alhamdulillah UGS 1 telah selamat diadakan dengan kehadiran seramai 30 orang.

Butiran untuk UGS 2 disediakan dibawah.

Disamping itu juga saya melampirkan 2 nota untuk rujukan sahabat dan kerabat yang hadir dan tidak hadir.


1. Nota dari Dr. Mohd Farid Shahran mengenai Epistemologi Al-Ghazali
-Pemikiran dan ajaran Al-Ghazali kita dapati sangat jelas mempengaruhi tokoh2 besar Islam seperti Nizam al-Mulk (Pemerintah di zaman Al-Ghazali), Shaykh Abdul Qadir al-Jilani, Shaykh Salahuddin al-Ayyubi dan As-Syahid Hassan al-Banna sendiri.

2. Nota penglibatan dan amalan-amalan tariqat tasawuf As-Syahid Hassan al-Banna dalam tariqat tasawuf Hashafiyyah-Tijaniyyah-Shadhiliyyah sebelum dan selepas beliau menubuhkan Ikhwan al-Muslimin.


Selain dari itu UGS 1 telah menarik perhatian ahli2 usrah terhadap perkara-perkara berikut:

1. Peranan dan pengaruh tasawuf dan al-Ghazali kepada dakwah Hassan al-Banna

2. Peranan Kitab Tasawuf Hikam Ibn Ata'illah dan syarahan serta penegasan Sayyid Hawwa mengenai kepentingan murshid dan adab dalam dakwah

3. Penegasan Shaykh Said Ramadhan al-Buti tentang kepentingan amalan hizb dengan mengambil Hizb Imam Nawawi sebagai rujukan untuk da'i


Insyaallah perkara-perkara ini akan kita kupas dari masa ke semasa dalam usrah akan datang.


Dr. Amran (Penasihat Grup Jil Salahuddin)

0 comments:

Catat Ulasan