Boikot barangan Israel dan Sekutu - Ayuh!! Sahuti Seruan Ini !!!


Isu Palestin semakin tenggelam. Yang kedengaran di media hanya berita, sekadar pengkhabaran tentang tindakan kejam dan keganasan rejim zionis di Palestin. Tiada tindakan susulan. Apakah yang terjadi?




Isu Palestin adalah isu ummat Islam seluruh dunia. Isu kita. Tetapi masih ramai yang memandang dengan sebelah mata, seolah-olah tiada kena-mengena dengan mereka. Masyarakat sekarang dan media massa nampaknya lebih suka menyibukkan diri dengan perkara-perkara hiburan yang seperti tak berkesudahan seperti perihal Akademi Fantasi;siapa tersingkir? Dan isu kahwin-cerai artis Malaysia kerana kononnya ‘itulah isu kita’.

Tarikh 27 Disember 2008 menyaksikan sekali lagi serangan besar-besaran IsraelIsrael. Tetapi malangnya, semua itu cuma sementara. terhadap Palestin di Gaza dan menjadi isu paling hangat ketika itu. Serangan itu menarik perhatian seluruh dunia. Pelbagai tindakan diambil sebagai respon bantahan terhadap tindakan ganas.

Menyedari situasi ini, maka kami mengambil langkah menghulurkan tangan menaikkan kembali isu ini daripada terus tenggelam lebih dalam sebagai tanda pedulinya kami terhadap isu Palestin. Rencana ini yang mengupas isu boikot adalah sebagai salah satu cara untuk memberi kefahaman dan kesedaran kepada semua agar terus memboikot tanpa rasa ragu.

Isu boikot seringkali menjadi pilihan ketika berbicara tentang Palestin. Ada sesetengah pihak meyokong tindakan boikot ini, sebahagiannya pula mengatakan tindakan ini kurang memberi kesan malah ada juga yang menghalang orang ramai dari memboikot dengan alasan ianya akan menjejaskan ekonomi negara sendiri.

Grup Jil Salahuddin al-Ayubi mengambil pendirian untuk memboikot barangan-barangan Israel dan sekutunya yang didapati menyumbang kepada keganasan rejim Zionis terhadap umat Islam di Palestin. Kami menyeru orang ramai agar turut sama terus memboikot barangan-barangan ini sehingga tertegaknya Islam keseluruhannya di bumi ini terutamanya 3 produk ini yang menjadi pilihan grup untuk diboikot secara total, iaitu: Coca cola, Nestle dan Colgate-Palmolive.







Boikot sebagai jihad.

“Apa yang dapat aku sumbangkan untuk umat Islam di Palestin?”

Soalan ini mungkin antara soalan-soalan yang pernah menjengah ke benak fikiran setiap dari kita.

Persoalan tentang sumbangan. Maka, apakah sebenarnya yang dapat kita sumbangkan bagi membantu saudara kita di Palestin?

Kita mungkin tak mampu untuk mengangkat senjata menentang rejim zionis. Kita mungkin belum bersedia mengorbankan nyawa menentang kezaliman. Kita mungkin belum berkeupayaan mencipta peralatan canggih bagi mengatasi si penyangak zionis dan Amerika. Maka, yang termampu ialah dengan berperang menggunakan senjata jihad ekonomi.

Secara umum, hukum jihad ekonomi adalah sama dengan hukum jihad itu sendiri. Ia adalah kefardhuan yang ditentukan oleh syarak dan merupakan keperluan yang dituntut oleh akidah. Jihad ekonomi atau jihad dengan harta ini beberapa kali disebut di dalam al-Quran yang disekalikan dengan jihad nyawa. Antaranya, Allah berfirman:

“Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya).” (al-Hujurat,49:15)

“Wahai orang-orang yang beriman, mahukah Aku tunjukkan kepadamu satu perniagaan yang takkan melepaskan kamu dari seksa yang pedih, iaitu kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjuang pada jalan Allah dengan harta dan dirimu. Itulah yang terlebih baik bagimu, jika kamu mengetahui.” (as-Saff, 61:10-11)

“Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjuang di jalan Allah dengan harta dan dirinya lebih tinggi darjatnya di sisi Allah. Mereka itulah orang-orang yang menang. (At-Taubah, 9:20)

Kisah Burung Pipit dan Nabi Ibrahim

Memetik kisah si burung pipit pada zaman Nabi Ibrahim, ketika baginda dibakar hidup-hidup, si burung kecil ini terbang berulang-alik mengisi air di dalam paruhnya lalu menyiram ke atas api yang membakar Nabi Ibrahim. Itulah yang dilakukannya berulangkali. Tingkah lakunya diperhatikan oleh makhluk Allah yang lain lalu bertanya kepada burung kecil itu,

“Buat apa kau penat-penat mengambil air berulang alik, sedangkan api yang membakar Nabi Ibrahim takkan terpadam dengan air yang kau siramkan itu.”

Lalu dijawab oleh burung tersebut,

“Memang ia tidak akan memadamkan api tersebut, tetapi aku lebih takut kepada Allah kerana Allah akan menyoal aku nanti, apakah yang aku lakukan untuk agama Allah, dan Allah tidak akan bertanya samada aku berjaya memadamkan api itu ataupun tidak”.

Si burung yang bijak, kerana menyedari hakikat ini bahawa Allah tidak menilai hambaNya pada hasil melainkan pada usaha-usaha yang dilakukan.

Sekalipun pemboikotan ini tidak dapat memberi impak yang besar terhadap ekonomi mereka, sekurang-kurangnya kita berusaha untuk tidak menyumbangkan ‘jasa’ ke atas kematian umat Islam di Palestin.

Turun satu, naik satu

Usaha boikot yang berterusan akan menyebabkan permintaan terhadap barangan Israel dan Amerika menurun yang mana penurunan itu menyebabkan meningkatnya permintaan terhadap barangan keluaran tempatan. Kalau duhulu Colgate mendapat tempat di hati, kini ubat gigi Mukmin, Halagel, Safi, dan Hilal lebih mendapat perhatian. Kalau duhulu Coca cola menjadi kegemaran, kini Radix Cola, Mecca Cola, ZamZam Cola, Bota Best dan sebagainya menjadi pengganti.

Situasi ini tentu sekali mengurangkan kebimbangan orang ramai terhadap masalah pengangguran kerana permintaan yang tinggi terhadap pasaran akan menyebabkan terbukanya peluang pekerjaan yang baru bagi menampung mereka yang kehilangan pekerjaan disebabkan tekanan boikot ini.

“Boikot barangan Israel-Sekutu” vs “Belilah Barangan Buatan Tempatan”

Bagi mereka yang mungkin kurang senang dengan istilah ‘boikot’, mungkin slogan ‘belilah barangan buatan tempatan’ lebih sesuai untuknya walaupun pada hakikatnya dua perkara itu membawa konsep yang hampir sama.

Hal ini kerana apabila kita beriltizam dan istiqamah dalam membeli barangan buatan tempatan, kita sebenarnya telah terboikot barangan Israel-sekutu ini atau memboikot secara tidak langsung. Jadi, persoalan berlaku kejam kepada umat Islam yang bekerja di syarikat-syarikat yang menghasilkan produk Israel dan sekutunya ini tidak timbul lantaran tiada langsung niat untuk memboikot melainkan hanya ingin meningkatkan ekonomi negara dengan membeli produk tempatan.

Walaubagaimanapun, seperti yang telah dinyatakan di atas, peluang pekerja yang baru akan terbuka dengan meningkatnya permintaan terhadap barangan tempatan untuk mereka yang telah menjadi ‘mangsa kekejaman’ ekonomi ini.

Empat keutamaan dalam membeli yang perlu diberi perhatian:

1. Muslim tempatan

2. Muslim bukan tempatan

3. Bukan Muslim tempatan

4. Bukan Muslim bukan tempatan (yang tidak menyokong Israel-Amerika)

Keutamaan ini disusun dengan tujuan meningkatkan ekonomi Muslim seluruh dunia bersesuai dengan saranan Dr.Husain Shahatah dalam tulisan beliau tentang ‘Jihad Ekonomi’ yang menggariskan beberapa perkara yang perlu dilaksanakan dalam jihad ekonomi:

Hendaklah memberi keutamaan kepada barangan tempatan, atau yang dikeluarkan oleh negara-negara Arab dan Islam, atau oleh negara asing yang tidak bermusuh dengan Islam serta orang-orang Islam, dan tidak menyokong Israel.

Sebagai masyarakat dan pengguna yang prihatin, sentiasalah bersikap berhati-hati dalam membeli barangan dengan menggunakan falsafah jihad ekonomi seperti yang dinyatakan oleh Dr. Husain Shahatah tersebut dengan mengutamakan barangan tempatan berbanding barangan negara luar.

Ada sesetengah golongan yang cuba berjinak-jinak dengan amalan ‘membeli barangan tempatan’ atau ‘memboikot barangan Israel-sekutu’ ini merungut, katanya: “Barangan Muslim tempatan lagi mahal la…”.

Firman Allah:

“Sesungguhnya orang-orang kafir membelanjakan harta mereka untuk menghalangi (manusia) daripada jalan Allah, maka mereka tetap membelanjakannya, kemudian menjadi penyesalan bagi mereka, kemudian mereka dikalahkan. Dan (ingatlah), orang-orang kafir itu (akhirnya) dihimpunkan dalam neraka jahanam.” (al-Anfal, 8:36)

Ketika orang-orang kafir sanggup membelanjakan wang dan harta mereka untuk semata-mata untuk memusuhi umat Islam, kenapa kita perlu terlalu berkira untuk menyumbangkan harta kita dalam meningkatkan ekonomi pada mereka yang lebih layak??

Kesimpulannya, boikot bukanlah satu-satunya cara yang dapat dilakukan untuk membantu saudara kita di Palestin, sebaliknya terdapat banyak lagi cara lain yang memerlukan perancangan yang rapi dan tersusun.

Usaha memboikot juga perlu dibuat dengan penuh perancangan dan tersusun agar hanya memberikan kerugian paling minimum kepada ekonomi umat Islam dan kerugian paling maksimum kepada pihak musuh. Sekali lagi, kami menyeru orang ramai agar turut serta dalam memboikot barangan-barangan Israel-sekutu ini terutamanya Coca cola, Colgate-Palmolive dan Nestle.

Menyedari kelemahan diri yang tidak dapat memberikan kefahaman sepenuhnya kepada para pembaca berkenaan isu ini, di sini saya sertakan beberapa link yang mungkin boleh menambah kefahaman berhubung perkara ini. Semoga usaha yang sedikit ini mampu mencetuskan rasa mahu untuk melakukan sesuatu yang sewajarnya:

  1. http://www.inminds.co.uk/boycott-israel.php
  2. http://www.muslimconsumer.org.my
  3. http://www.scribd.com/doc/4977038/Jihad-Ekonomi-Husain-Shahatah
  4. http://saifulislam.com/?p=4475
  5. http://razihan85.blogspot.com/2009/01/kenapa-perlu-boikot.html
  6. http://penahijau.wordpress.com/tag/palestin/
  7. http://fauzanibrahim.wordpress.com/2009/01/14/kenapa-perlu-boikot-israel-sekutunya/

Ingatlah kata-kata Khalifah Umar bin Abdul Aziz:

Sesungguhnya syubhah itu pada yang halal.”

Berhati-hatilah dalam membeli, jangan sampai wang kita tersalur ke rancangan jahat Israel dan Amerika untuk memusnahkan dunia Islam.

Disediakan oleh: Nur Afifah Jamaluddin

0 comments:

Catat Ulasan