HARI INI DALAM SEJARAH ISLAM – 4 Julai 1187 ; Kembalinya Al-Aqsa Ke Pangkuan Islam.
Oleh : Grup Jil Salahuddin al-Ayyubi
Setelah hampir 88 tahun Palestin berada dalam penguasaan tentera Kristian, akhirnya tanggal 4 Julai 1187 bersamaan 27 Rejab 583 (Peristiwa Israk & Mikraj) menyaksikan kemenangan tentera Islam ke atas pihak Kristian dalam Perang Hattin dan merampas kembali bumi suci Palestin.
Kemenangan tidak diraih dengan mudah. Salahuddin al-Ayyubi terlebih dahulu telah menyatukan masyarakat Arab yang ketika itu berpecah belah akibat perbezaan mazhab dan aliran, seterusnya membawa tentera Islam menyerang kembali Palestin. Dengan perpaduan yang telah terbina, pada 1 Julai 1187, Salahuddin memulakan langkah dengan membawa pasukan tenteranya ke Galilea melalui Jordan.
Strategi Salahuddin mengeringkan mata air dan sumur yang dilalui pasukan tentera Salib dalam peperangan itu membuahkan hasil apabila mereka menjadi lemah kerana kehausan dan kehilangan tenaga yang banyak, ditambah dengan panas terik mentari siang. Tindakan pasukan infantri tentera Salib yang terdesak menuruni dataran tinggi bagi mencari air memburukkan lagi keadaan apabila mereka maut di tangan tentera Islam.
Salahuddin kemudiannya memerintahkan pasukannya untuk bergerak secara senyap ke perkhemahan tentera Salib di suatu lereng dekat lembah yang disebut Tanduk Hattin. Setelah fajar menyinsing pada 4 Julai 1187, pasukan Muslim terus mengepung perkhemahan mereka. Pasukan tentera Salib yang terkejut dengan kemunculan tentera Islam di situ menyerang secara membabi buta. Biarpun bilangan tentera kedua-dua pihak hampir sama, tetapi sehari semalam tanpa air telah melemahkan kekuatan tentera Salib. Bukan sahaja letih dan kehausan, suara sorak semangat tentera Islam benar-benar melemahkan lagi mental tentera lawan. Ketika tentera Salib menyerang, pihak Muslim tidak terus membalas. Sebaliknya mereka membuka laluan membentuk huruf U. Setelah bukaan itu ditutup kembali, pasukan tentera Salib menemui ajal mereka. Pasukan berkuda Muslim terus menyerang perkhemahan tentera Kristian. Akhirnya, ketika melihat khemah Raja Guy, tempat sang raja berlindung telah roboh rata, Salahuddin kemudian turun dari pelana kuda kemudian beliau bersujud di tanah menandakan kesyukuran tidak terhingga kepada Allah yang telah memberi kemenangan kepada tentera Islam.
Setelah menakluk kembali Palestin, tidak seorang pun penduduk Kristian yang dibunuh dan tidak ada penjarahan sama sekali. Tebusan sengaja ditetapkan pada harga yang rendah. Raja Guy yang ditawan semasa perang juga dibebaskan. Hanya kesatria-kesatria kuil (Knights of Templar) dan ordo-ordo militant dibunuh kerana merekalah yang paling kuat memerangi Islam. Reynald, pemimpin tentera Salib dibunuh juga dibunuh atas kejahatan-kejahatannya yang sangat besar terhadap orang Islam. Keadaannya berbeza sama sekali ketika pihak Kristian menawan Palestin pada 1099 yang mengorbankan 70 ribu penduduk Palestin. Sejurus tiba di al-Quds, Salahuddin segera membersihkan tempat-tempat suci yang telah lama dicemari. Salib emas gergasi di atas kubah masjid segera diturunkan. Ketika sampai di puncak, teriakan keras melaungkan kalimah membesarkan Allah kedengaran. ‘Allahu Akbar’ dilaungkan dalam sendu kegembiraan. Akhirnya, Palestin kembali kepada Islam.
Selepas peristiwa Naqbah 1948, ummat Islam terus menanti kemunculan ‘Salahuddin kedua’ yang akan membebaskan Palestin dari cengkaman pihak Zionis. Namun, adakah Salahuddin ini akan muncul secara tiba-tiba?

1 comments:
InshaAllah.. Marilah kita sama-sama berdoa semoga Allah memberi kekuatan kepada penduduk palestin untuk bangkit mengalahkan zionis laknatullah.