Larijani : Iran dengan bangga menyokong perjuangan rakyat Palestin dan Lebanon.


Jumaat , 22/01/2010 – Speaker Parlimen Iran, Ali Larijani pada hari Selasa lepas menyatakan rasa bangga negaranya menyokong gerakan perjuangan rakyat Lebanon dan Hamas. Beliau menegaskan bahawa perjuangan itu merupakan satu-satunya cara untuk berhadapan dengan penjajahan setelah kegagalan proses damai.

Beliau berucap dalam satu persidangan bertemakan ‘Gaza, simbol perjuangan’ yang dianjurkan oleh Pertubuhan Pembelaan Rakyat Palestin dan turut dihadiri oleh wakil Hamas dan pegawai Iran.

Wartawan Pusat Informasi Palestin (PIC) melaporkan bahawa dalam ucapannya, Larijani menyatakan bahawa perjuangan itu telah mencapai tahap yang mantap dalam peperangan 33 hari di Lebanon dan juga perang di Semenanjung Gaza. Beliau turut mengumumkan bahawa Parlimen Iran bersetuju menetapkan 19 Januari sebagai ‘Hari Gaza’.

Penterjemah : salwa

0 comments:

Catat Ulasan