Laporan Induksi Grup Generasi Salahuddin Al-Ayubi


Pada 29 Mac 2009 telah diadakan Induksi Grup Jil Salahuddin Al-Ayyubi yang bertempat di Madrasah Al-Rahmaniah,Gombak. Berikut adalah tentatif program sepanjang induksi ini berlangsung:


Hari: Ahad

Masa

Aktiviti

Tempat

Penerangan

9.00pg-11-00pg

Diskusi bersama Dr. Amran

Madrasah Al- Rahmaniah, Gombak


2.30ptg-6.00ptg

Diskusi bersama En. Ahmad Azam (Pengasas GPTD) dan saudara Jufitri Joha

Anjung Rahmat, Gombak

Grup Jil Salahuddin Al-Ayyubi bersama Grup Ashabul Kahfi telah menerangkan kepada En. Ahmad Azam tentang butiran-butiran grup seperti matlamat penubuhan grup dan meminta beberapa nasihat tentang gerak kerja grup daripada beliau. Kemudian, grup ini bersama saudara Jufitri untuk mendapatkan ‘world view’ tentang gerak kerja grup ini.

9.30mlm-11.30mlm

Menetapkan matlamat

Madras

ah Al- Rahmaniah, Gombak

Membincangkan matlamat Grup Jil Salahudin Al-Ayubi secara terperinci dari pelbagai sudut dan membincangkan keperluan penubuhan biro-biro.

Hari: Isnin

Masa

Aktiviti

Tempat

Penerangan

10.00pagi-12.15tgh

Menubuhkan biro-biro dan diskusi bersama saudara Azril Mohd Amin

Madrasah Al- Rahm

aniah, Gombak

Menubuhkan biro dan menamakan biro-biro tersebut. Grup Jil Salahudin Al-Ayubi mengadakan diskusi bersama saudara Azril Mohd Amin (Naib Presiden Antarabangsa ABIM) tentang Palestin, nasib pelarian Palestin, sikap generasi kini dan idea tentang pembentukan Generasi Salahudin yang baru.

2.30ptg-4.00ptg

Diskusi tentang gerak kerja Grup Jil Salahudin Al-Ayubi

Madrasah Al- Rahmaniah, Gombak

Membincangkan tentang gerak kerja grup dalam jangka masa panjang dan pendek serta amalan-amalan harian untuk diamalkan oleh setiap ahli Grup Jil Salahudin Al Ayubi.




Berikut adalah maklumat serta keputusan yang telah ditetapkan dan dipersetujui semasa Induksi Grup Jil Salahudin Al-Ayubi:

Matlamat:

Menggerakkan proses kesedaran terhadap Palestin melalui orientasi ilmu.

Carta Organisasi:

Penasihat : Dr. Amran Muhammad

Presiden : Mohd Zul Amin b. Ghazali

Setiausaha : Ahmad Ahnaf Hariz b. Rozi

Biro Ta'dib dan Tadabbur

Mohammad Fazril b. Mohd Saleh

Siti Aisyah bt. Idris

Biro Latihan

Sarah Syafiqah bt. Shaifuddin

Nur Azimah bt. Mansor

Biro Informasi

Nurul Afifah bt. Jamaludin

Biro Muamalat

Muhammad Izzat b. Ismail

Gerak Kerja:

- Menulis di ruangan blog Grup Salahudin

- Mengamalkan Al-Mathurat dan sebaik-baiknya Mathurat Kubra setiap hari

- Menyemak dan mengkaji sejarah Palestin selepas kejatuhan Kerajaan Islam Uthmaniah dan mengikuti perkembangan terkini Palestin

- Mengumpul keratan-keratan akhbar tentang Palestin

- Membaca buku bertajuk ‘Kebangkitan Generasi Salahuddin Dan Kembalinya Al-Aqsa Ke Pangkuan Islam’ yang ditulis oleh Dr. Majid Irsan Kaylani dan menulis sinopsis buku tersebut setiap bulan

Disediakan Oleh:

Setiausaha GJSA


0 comments:

Catat Ulasan