Bersama Orang Kuat GPTD

Pada Khamis lepas, 5 Mac 2009 bersamaan 8 Rabiul Awwal 1430H, satu pertemuan telah diadakan di Pejabat ABIM, Ampang sebagai langkah lanjutan bagi menggerakkan Grup Generasi Salahuddin Al-Ayubi. Pertemuan ini bermula pada jam 2 petang dan telah dikendalikan oleh saudara Najmudin, Setiausaha Grup Pengkaji Tamadun Dunia (GPTD).

Pertemuan ini dihadiri oleh 5 orang tenaga penggerak grup dari Pusat Asasi UiAM yang terdiri daripada Mohd Zul Amin, Mohammad Fazril, Muhammad Izzat, Nur Afifah dan Nur Azimah. Pertemuan ini merupakan tindakan susulan selepas pertemuan pertama bersama Sdra. Jufitri pada 10 Feb lepas di Pusat Asasi UiAM PJ. Agenda dimulakan dengan sesi ta’aruf seterusnya beberapa sesi perbincangan.

Antara perkara yang telah dibincangkan ialah penjelasan matlamat & hala tuju grup ini ditubuhkan iaitu untuk menghidupkan jiwa generasi Salahuddin Al-Ayubi terutamanya dalam kalangan remaja. Grup ini lebih memberi fokus kepada isu Palestin. Beberapa tindakan perlu dilakukan melalui grup ini dengan mengkaji faktor-faktor kebangkitan Salahuddin Al-ayubi, memberi kefahaman yang jelas, menggunakan cara yang sesuai dan sentiasa mengkaji serta merujuk. Selain itu, agenda terpenting yang dibincangkan adalah berkenaan perancangan untuk mengadakan induksi yang bertujuan bagi menghimpunkan tenaga penggerak grup dan perencanaan gerak kerja yang dirancang. Ianya dirancang pada hujung bulan Mac ini.

Perbincangan berakhir pada jam 3.45 petang. Konklusinya pertemuan ini lebih kepada memberikan kefahaman dan penerangan awal untuk meneruskan perjuangan merealisasikan Grup Generasi Salahuddin Al-Ayubi. InsyaAllah.

0 comments:

Catat Ulasan